"Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi (hukum) Allah ialah dua belas bulan, (yang sudah ditetapkan) di dalam Kitab Allah ketika Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan yang dihormati.
"Ketetapan yang demikian itu ialah agama yang betul lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu pada bulan-bulan yang dihormati itu (dengan melanggar larangan-Nya); dan perangilah kaum kafir musyrik seluruhnya sebagaimana mereka memerangi kamu seluruhnya; dan ketahuilah sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang bertakwa." (at-Taubah: 36)
Menerusi firman-Nya yang bermaksud: "Maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan-bulan yang dihormati itu (dengan melanggar larangan-Nya)" menunjukkan pada bulan haram iaitu Muharram satu daripadanya kita dilarang daripada melakukan perbuatan terlarang kerana dosa melakukan kemungkaran pada bulan ini adalah lebih buruk balasannya daripada Allah, berbanding bulan lain.
Tetapi bagi mereka yang melakukan amal soleh ganjaran pahalanya adalah lebih tinggi berbanding bulan yang lain.
Jika firman-Nya di atas hanya menunjukkan terdapat empat bulan yang dihormati dalam setahun, sabda Nabi s.a.w ini memperincikan lagi mengenai nama bulan berkenaan.
"Sesungguhnya zaman itu akan terus berlalu sebagaimana saat Allah menciptakan langit dan bumi. Setahun itu ada dua belas bulan. Empat di antaranya ialah bulan-bulan yang haram, tiga di antaranya ialah berturut-turut, iaitu bulan Zulkaedah, Zulhijjah dan Muharram. Bulan Rejab adalah bulan Mudhar (nama satu kabilah) yang terletak di antara Jamadilakhir dan Syaaban." (Riwayat Imam al-Bukhari)
Oleh itu hendaklah pada bulan Muharam yang mulia ini kita hindarkan diri daripada melakukan amalan yang dilarang dan mempertingkatkan amal ibadat yang boleh mendekatkan diri kita kepada Allah terutama puasa.
Ini kerana Rasulullah s.a.w bersabda: "Sebaik-baik puasa selepas Ramadan adalah bulan Allah al-Muharam dan sebaik-baik solat selepas solat fardu adalah solat malam." (Riwayat Imam Muslim)
Sabda baginda "bulan Allah al-Muharam" menegaskan lagi betapa mulianya bulan Muharam ini. Oleh itu hendaklah kita bersungguh-sungguh untuk berpuasa sebanyak mungkin pada bulan Muharam.
Begitupun, ini tidak bermakna kita disyariatkan untuk berpuasa sepanjang bulan terbabit kerana Rasulullah s.a.w hanya berpuasa sebulan penuh pada Ramadan.
Aisyah r.a berkata: "Aku sama sekali tidak pernah melihat Rasulullah s.a.w menyempurnakan puasa sebulan melainkan di bulan Ramadan dan aku tidak pernah melihatnya lebih banyak berpuasa melainkan pada bulan Syaaban." (Riwayat Imam al-Bukhari)
Pada Muharam ini juga ada hari yang digelar sebagai Asyura iaitu hari di mana Nabi Musa a.s. dan pengikutnya diselamatkan oleh Allah daripada tentera Firaun.
"Nabi s.a.w datang ke Madinah dan dilihatnya orang-orang Yahudi berpuasa pada hari Asyura. Menurut mereka; ini hari baik di saat mana Allah membebaskan Nabi Musa dari Firaun. Maka sabda Nabi s.a.w; kamu lebih berhak terhadap Musa daripada mereka maka berpuasalah." (Riwayat Imam al-Bukhari)
Melalui hadis di atas ini juga dapat kita fahami amal ibadat khusus sempena hari Asyura yang diiktiraf oleh Rasulullah s.a.w adalah ibadat puasa.
Disunatkan juga untuk menambahkan puasa pada hari Asyura dengan berpuasa sehari sebelum atau sehari sesudahnya.
Rasulullah s.a.w memerintahkan hal ini bertujuan untuk menyelisihi amalan orang Yahudi. Sabda baginda, maksudnya: "Berpuasalah kalian pada hari Asyura dan berselisihlah dengan orang Yahudi di dalamnya dan berpuasalah sehari sebelumnya atau sehari sesudahnya." (Riwayat Imam Ahmad)
**Kesal dgn pencerobohan Israel di Palestin.YAHUDI KEJAM!visit here http://palestinkini.info/index.php
Hati yang bersih ibarat nur yang memancar dimiliki oleh insan yang benar-benar meletakkan Allah di hadapan, malaikat di kiri dan kanan serta matlamat Islam di sekelilingnya...Hati yang paling Allah kasihi ialah hati yang paling lembut terhadap saudaranya, paling bersih dalam keyakinannya dan paling cekal dalam beragama- SAIDINA ALI
January 4, 2009
Di sebalik bulan Muharam
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment