December 31, 2008

さようなら sayonara 2008年、ようこそ yokoso 2009年

nampaknye tinggal kurang sejam dr skrg kite akan meninggalkan tahun 2008.rase cepat aje masa berlalu kan.pejam celik pejam celik dh smpai hujung thn da..ingat lg mase new year yg lepas saye tgh keje part time kat post office..huhu..x meriah btul..kali ni plak x keje dah kat situ mcm every cuti winter 3tahun lepas..nk duk relax lah thn last ni..dpt tgk NHK 紅白歌合戦 (singing show from NHK)..ehehe..
ape yg dpt disimpulkan dr thn 2008 ni bagi saye ialah satu tahun yg paling byk cabaran dan dugaan spt:
1.satu tahun tanpa pulang ke tanah air (first time nih..huhu)
2.stat kenkyu (research) n keje2 kat lab yang hampir tanpa cuti spnjang thn walaupun hujung minggu dan cuti am (bayangkan!)
3.pemergian arwah nenek tersayang secara tiba2 (Al-Fatihah)
.....4.umur naik 23 thn (dowh!)
tp di sebalik semua tu,ade jugak perkare2 yg menggembirakan or peningkatan spt dpt anak buah baru yg ke-2 (Heydi chan!belum dpt jumpe lg dgn Mami Ya ni),dpt control perbelanjaan duit dgn lebih baik, dpt licence motor, bukak blog baru n dpt kawan baru, mcm2 pengalaman dgn member2 kenkyu mase pergi seminar and aktiviti sane sini n mcm2 lagi..
bile masuk tahun baru, mesti org tanye "ape azam tahun baru kali ni?". hmm...kalo ikutkan byk sgt azam dlm kepale otak skrg ni..tp kalo sebut satu2, org kate xkan wat semua punye la..dan mmg betul pun tiap thn ade je azam yg x terbuat thn tu...ahaha..so nk senang, azam tahun ni menjadikan thn ni lebih baik dr thn2 yg lalu dlm semua segi, mcm final year study, career yg bakal ditempuhi nnti, family, friendship, amal ibadah dll...hope u all pun same jgk dgn azam2 yg lg best dr nih..ehehe...
HAPPY NEW YEAR 2009!

December 30, 2008

aktiviti cuti winter

Salam,
hi everybody!rasenye lame sgt x update ape2 kat sini..hehe...saye ni pemalas sket...bile tgk blog org lain mcm2 diupdate kan...bagus ek..haha...aa, sebelum terlupe, saye nk ucapkan selamat menyambut maal hijrah 1430 semalam..semoga pada thn yg baru ni kite dapat tempuhinya lebih baik dari thn sebelumnya kan...semoga juga rezeki berlimpah akan dtg kepada kita nnti..insyaAllah...
ni nk cerite siket pasal cuti winter kali terakhir di bumi sakura ni (kot)..thn ni dpt cuti dr lab since 26hb ari tuh...maybe smpai 7hb kot..ikut keadaan..tp time cuti pun kene gi lab jgk, jenguk2 cell ternakan aku tuh...huhu...
aktiviti cuti ni..haaa...snowboard lah yg paling dinanti2kan..saye pergi dgn warga yamanashi 26 dgn 27hb lepas kat Hakuba, Nagano...mmg best aa time tu..yuki (snow) x henti2 turun since dalam perjalanan sampai hari ke-2 kitorang kat situ...kitorang main dlm ribut salji aa...sejuk tu x yah nk ckp aa..mmg sejuk x ingat..yg bestnye time main tu yuki kat tanah tu lembut je, x keras sebab baru je turun..so bile terjatuh time sliding tu xde aa sakit sgt..hehe...pasal jatuh tu,disebabkan saye ni bukan pro mane,so mcm2 gaye jatuh time main tu..tergolek2 mcm buah tembikai golek pun ade..sampai kaki lebam2 sane sini..huhu..tp fun aa :)
tmpt penginapan pun paling bagus aa yg pernah pegi..sbb tmpt rental baju,board, kasut sume ade kat dlm bgnn yg same..so xleceh pun bile nk pegi amik..the food were great too.dinner mlm tu ade mcm2 lauk ikan, udang ade kat situ..ice cream n choc cake pun ade..saikou (best) lah! thanks a lot to this year's organizer.
lepas habis main 2 hari,satu badan rase sengal2..susah sgt nk bgn dr tido...kalo jalan ke,bgn dr tmpt duduk pun rase seksa..huhu..i end up buying a box of koyo (plasters that could relieve muscle pain) and paste em all over the body...huhu...skrg pun rase siket2 lg..
p/s:takziah diucapkan kpd keluarga baginda Almarhun Tuanku Jaafar Tuanku Abdul Rahman atas pemergian baginda ke rahmatullah Sabtu lalu...Al-Fatihah

December 14, 2008

Pengalaman masuk ke dalam kaabah (oleh Ustaz Haron Din)

Saya pernah tawaf di Baitullah seorang diri. Pelik tetapi benar. Waktu itu iaitu empat tahun sudah (2001) saya datang ke Mekah, Allah taala lah yang mengaturkannya, saya dapat peluang untuk masuk ke dalam Kaabah. Sebab saya datang atas tetamu tokey yang membuat dan membersihkan Masjidil Haram.
Pagi itu saya datang awal. Pengawal keselamatan baru memagar keliling Kaabah dan saya dapat masuk ke dalam pagar itu sebab saya ada Pass VIP. Ketika itu tetamu-tetamu lain tak sampai lagi. Ketika itu lah saya tawaf seorang diri di hadapan Kaabah. Lepas saya habis tawaf baru tetamu-tetamu lain sampai. Ketika itulah saya nampak Hajarul Aswad seterang-seterangnya, ia tidak lagi hitam tetapi sudah kemerah-kemerahan.
Bila pintu Kaabah di buka saya orang yang ke tiga masuk ke dalam. Pertama pembuka pintu Kaabah iaitu daripada Bani Syaibah.
Pembuka pintu itu sudah tua, dia melatih anaknya yang berumur lebih kurang empat tahun untuk membuka pintu Kaabah itu.
Sejarah pintu Kaabah itu, kalau orang yang lain tidak boleh buka. Dia hanya boleh di buka oleh pemegang kunci itu sahaja dari keturunan Bani Syaibah. Bila Nabi meninggalkan Mekah kerana berhijrah ke Madinah, Mekah di kuasai oleh Bani Syaibah. Bani Syaibah ini adalah keturunan yang di amanahkan untuk memegang kunci kaabah sejak turun temurun.
Bila nabi balik semula ke Mekah dalam tahun 7 hijiriah, berlaku peperangan pembukaan Mekah, nabi menang dan orang Islam berkuasa ke atas Mekah. Nabi menghantar Sayidina Ali untuk mengambil kunci pintu Kaabah daripada Bani Syaibah. Sayidina Ali pergi ke Bani Syaibah dan rampas kunci tersebut. Bani Syaibah serahkan kunci kepada Sayidina Ali tetapi bila pintu Kaabah nak di buka tak boleh. Sekejap sahaja datang Jibrail kepada Nabi membawa wahyu dari Allah. Al-Quran (An-Nisaa’:58)
Mahfumnya “Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya”
Nabi bagi balik kunci itu kepada Bani Syaibah, walaupun ketika itu Bani Syaibah belum Islam lagi. Rupa-rupanya bila bagi balik, Bani Syaibah kata mesti dia seorang nabi. Kalau dia bukan seorang nabi pasti dia gila kuasa kerana memegang kunci ini adalah satu penghormatan turun temurun. Bila kunci ini dipulangkan balik, ketua Bani Syaibah terbuka hatinya memeluk Islam kemudian semua pengikutnya memeluk Islam sehingga hari ini.
Budak kecil tadi dibawa tangannya untuk pegang kunci oleh bapanya kemudian di buka dan di tolak pintu itu. Saya lihat di depan saya. Berapa besar pintu itu? Berapa tebalnya? Pintu itu dibuat dari Solid Gold beratnya 8 tan. Dia tolak senang sahaja, kemudian kami masuk.
Mula-mula sekali saya pergi sembahyang di satu ruang belakang pintu Kaabah yang menghadap ke arah Hajaral Aswad (dari dalam) iaitu di bahagian Multazam. Selama sejam saya berada di dalam Kaabah itu.
Di dalam Kaabah itu masih ada lampu yang digunakan pada zaman nabi dahulu. Zaman Kerajaan Umaiyyah ditukar lampu lain seterusnya zaman Kerajaan Abasiyah juga tukar lampu. Apabila lampu di tukar, lampu yang lama di simpan di dalam Kaabah. Berpuluh-puluh atau mungkin beratus-ratus lampu lama ada disimpan di dalam itu.
:::*Subhanallah...Ya Allah ,ku mohon suatu hari nnti diriku ini akan menjadi salah seorang tetamu Allah kelak. AMIN*:::

December 1, 2008