January 21, 2009

Beza mereka dengan kita


Anak-anak mereka berebut-rebut menadah tangan meminta makanan.
Anak-anak kita makan sambil santai di "KFC" dan "McDonalds"

Anak-anak mereka kepala berbalut luka sambil meraung kesakitan
Anak-anak kita topi baseball terbalik sambil hilai ketawa

Anak-anak mereka tidur tidak berselimut dengan dentuman bunyi meriam
Anak-anak kita tidur ber”econd” dengan diringi muzik “Hifi”

Anak-anak mereka menangis kehilangan adek beradek tersayang,
Anak-anak kita bergaduh dan membenci sesama adek beradek.

Isteri mereka meraung kehilangan suami
Isteri kita meraung kerana suami tambah isteri

Isteri mereka memasak bubur kosong
Isteri kita memasak Beriani Gam resipi terkini

Isteri mereka berparut di muka
Isteri kita ber”botox” agar nampak muda.

Isteri mereka baju koyak rabak
Isteri kita berkebaya moden macam tak cukup kain

Mereka meraung dengan badan berbalut di hospital
Kita ketawa menonton Astro sambil terkangkang di katil empok

Mereka menangis mengenangkan isteri yang mati di atas ribaan
Kita meleleh air liur kemaruk nak tambah isteri

Mereka kehilangan harta dan segala-galanya
Kita kita rancang nak tukar Merc kelas “S”

Mereka gugur syahid sebagai syuhada
Kita mati katak dilanggar mat rempit

January 17, 2009

Renungan Sejenak

my new laptop wallpaper from this website

"Setiap jiwa yang dilahirkan telah tertanam dengan benih untuk mencapai keunggulan hidup. Tetapi benih itu tidak akan tumbuh seandainya tidak dibajai dengan keberanian"

January 7, 2009

Hari Asyura

10 Muharram - Dinamakan juga Hari Asyura. Pada hari itu banyak terjadi peristiwapenting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagimenegakkan keadilah dan kebenaran.
Barangsiapa yang berpuasa pada hari Assyuuraa' yakni 10 Muharram, maka Allah akan memberikan kepadanya pahala 10,000 malaikat; dan barangsiapa yang puasa padahari Assyuuraa', maka akan diberikan pahala 10,000 orang Haji dan Umrah, dan10,000 orang mati syahid; dan siapa yang mengusap kepala anak yatim pada hariAssyuuraa', maka Allah akan menaikkan dengan rambut satu darjat. Dan barangsiapayang memberi buka puasa orang mukmin yang berpuasa pada hari Assyuuraa', makaseolah-olah memberi buka puasa semua umat Muhammad SAW. dan mengenyangkanperut mereka

Bertanya para sahabat : "Wahai Rasulullah ! Apakah kelebihan 10 Muharram berbanding dengan hari-hari yang lain ?" Sabdanya :

1. ALLAH menciptakan alam, langit, bintang dan sebagainya
2. ALLAH menciptakan gunung-ganang pada 10 Muharram
3. Diciptakan lautan pada 10 Muharram
4. Diciptakan Qalam (pena untuk menulis amal manusia) pada 10 Muharram
5. Diciptakan Arasy, Luh Mahfuz pada 10 Muharram
6. Diciptakan Nabi Adam a.s. pada 10 Muharram
7. Dimasukkan Nabi Adam a.s. ke dalam syurga pada 10 Muharram
8. Dilahirkan Nabi Ibrahim a.s. pada 10 Muharram
9. Diselamatkan Nabi Ibrahim a.s. dari api Namrud pada 10 Muharram
10. Diselamatkan anaknya Nabi Ismail a.s. dari sembelihan pada 10 Muharram
11. Ditenggelamkan Fir'aun pada 10 Muharram
12. Diampunkan kesilapan Nabi Daud a.s. pada 10 Muharram
13. Dilahirkan Nabi Isa a.s. pada 10 Muharram
14. Dikeluarkan Nabi Yunus a.s. daripada perut ikan Nun setelah berada didalamnya selama 40 hari 40 malam pada 10 Muharram
15. Disembuhkan penyakit Nabi Ayub a.s. pada 10 Muharram
16. Diangkat Nabi Isa a.s. ke langit pada 10 Muharram
17. Diterima taubat Nabi Adam a.s. pada 10 Muharram
18. Dianugerahkan tahta kerajaan kepada Nabi Sulaiman a.s.
19. Diciptakan Arasy pada 10 Muharram
20. Awal-awal hujan yang turun dari langit pada 10 Muharram
21. Awal-awal rahmat diturunkan pada 10 Muharram
22. Diselamatkan bahtera Nuh a.s. daripada tenggelam sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.pada 10 Muharram

January 6, 2009

Jantungku berjaya diselamatkan!

Salam semua.. Ingat lg x beberapa bulan yg lepas ade keluar berita pasal sykt Sime Darby yg nk ambik alih 51 peratus kepentingan Institut Jantung Negara dulu?Tapi atas bantahan rakyat yang marah dan bimbang, kerajaan tangguhkan dulu keputusan tu. Nampaknye doa kite termakbul juga bile sykt itu dh cancelkan plan die tu!!! beritanya di sini... IJN dh tiptop dh skrg...x payahla nk swastakan ke ape..even DrM yg prnh dpt rawatan kat situ pun x sokong this idea... "SYUKUR ALHAMDULILLAH"

January 4, 2009

Di sebalik bulan Muharam

"Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi (hukum) Allah ialah dua belas bulan, (yang sudah ditetapkan) di dalam Kitab Allah ketika Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan yang dihormati.

"Ketetapan yang demikian itu ialah agama yang betul lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu pada bulan-bulan yang dihormati itu (dengan melanggar larangan-Nya); dan perangilah kaum kafir musyrik seluruhnya sebagaimana mereka memerangi kamu seluruhnya; dan ketahuilah sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang bertakwa." (at-Taubah: 36)

Menerusi firman-Nya yang bermaksud: "Maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan-bulan yang dihormati itu (dengan melanggar larangan-Nya)" menunjukkan pada bulan haram iaitu Muharram satu daripadanya kita dilarang daripada melakukan perbuatan terlarang kerana dosa melakukan kemungkaran pada bulan ini adalah lebih buruk balasannya daripada Allah, berbanding bulan lain.

Tetapi bagi mereka yang melakukan amal soleh ganjaran pahalanya adalah lebih tinggi berbanding bulan yang lain.
Jika firman-Nya di atas hanya menunjukkan terdapat empat bulan yang dihormati dalam setahun, sabda Nabi s.a.w ini memperincikan lagi mengenai nama bulan berkenaan.

"Sesungguhnya zaman itu akan terus berlalu sebagaimana saat Allah menciptakan langit dan bumi. Setahun itu ada dua belas bulan. Empat di antaranya ialah bulan-bulan yang haram, tiga di antaranya ialah berturut-turut, iaitu bulan Zulkaedah, Zulhijjah dan Muharram. Bulan Rejab adalah bulan Mudhar (nama satu kabilah) yang terletak di antara Jamadilakhir dan Syaaban." (Riwayat Imam al-Bukhari)

Oleh itu hendaklah pada bulan Muharam yang mulia ini kita hindarkan diri daripada melakukan amalan yang dilarang dan mempertingkatkan amal ibadat yang boleh mendekatkan diri kita kepada Allah terutama puasa.

Ini kerana Rasulullah s.a.w bersabda: "Sebaik-baik puasa selepas Ramadan adalah bulan Allah al-Muharam dan sebaik-baik solat selepas solat fardu adalah solat malam." (Riwayat Imam Muslim)

Sabda baginda "bulan Allah al-Muharam" menegaskan lagi betapa mulianya bulan Muharam ini. Oleh itu hendaklah kita bersungguh-sungguh untuk berpuasa sebanyak mungkin pada bulan Muharam.

Begitupun, ini tidak bermakna kita disyariatkan untuk berpuasa sepanjang bulan terbabit kerana Rasulullah s.a.w hanya berpuasa sebulan penuh pada Ramadan.

Aisyah r.a berkata: "Aku sama sekali tidak pernah melihat Rasulullah s.a.w menyempurnakan puasa sebulan melainkan di bulan Ramadan dan aku tidak pernah melihatnya lebih banyak berpuasa melainkan pada bulan Syaaban." (Riwayat Imam al-Bukhari)

Pada Muharam ini juga ada hari yang digelar sebagai Asyura iaitu hari di mana Nabi Musa a.s. dan pengikutnya diselamatkan oleh Allah daripada tentera Firaun.

"Nabi s.a.w datang ke Madinah dan dilihatnya orang-orang Yahudi berpuasa pada hari Asyura. Menurut mereka; ini hari baik di saat mana Allah membebaskan Nabi Musa dari Firaun. Maka sabda Nabi s.a.w; kamu lebih berhak terhadap Musa daripada mereka maka berpuasalah." (Riwayat Imam al-Bukhari)

Melalui hadis di atas ini juga dapat kita fahami amal ibadat khusus sempena hari Asyura yang diiktiraf oleh Rasulullah s.a.w adalah ibadat puasa.

Disunatkan juga untuk menambahkan puasa pada hari Asyura dengan berpuasa sehari sebelum atau sehari sesudahnya.

Rasulullah s.a.w memerintahkan hal ini bertujuan untuk menyelisihi amalan orang Yahudi. Sabda baginda, maksudnya: "Berpuasalah kalian pada hari Asyura dan berselisihlah dengan orang Yahudi di dalamnya dan berpuasalah sehari sebelumnya atau sehari sesudahnya." (Riwayat Imam Ahmad)

**Kesal dgn pencerobohan Israel di Palestin.YAHUDI KEJAM!visit here http://palestinkini.info/index.php