
Anak-anak mereka berebut-rebut menadah tangan meminta makanan.
Anak-anak kita makan sambil santai di "KFC" dan "McDonalds"
Anak-anak mereka kepala berbalut luka sambil meraung kesakitan
Anak-anak kita topi baseball terbalik sambil hilai ketawa
Anak-anak mereka tidur tidak berselimut dengan dentuman bunyi meriam
Anak-anak kita tidur ber”econd” dengan diringi muzik “Hifi”
Anak-anak mereka menangis kehilangan adek beradek tersayang,
Anak-anak kita bergaduh dan membenci sesama adek beradek.
Isteri mereka meraung kehilangan suami
Isteri kita meraung kerana suami tambah isteri
Isteri mereka memasak bubur kosong
Isteri kita memasak Beriani Gam resipi terkini
Isteri mereka berparut di muka
Isteri kita ber”botox” agar nampak muda.
Isteri mereka baju koyak rabak
Isteri kita berkebaya moden macam tak cukup kain
Mereka meraung dengan badan berbalut di hospital
Kita ketawa menonton Astro sambil terkangkang di katil empok
Mereka menangis mengenangkan isteri yang mati di atas ribaan
Kita meleleh air liur kemaruk nak tambah isteri
Mereka kehilangan harta dan segala-galanya
Kita kita rancang nak tukar Merc kelas “S”
Mereka gugur syahid sebagai syuhada
Kita mati katak dilanggar mat rempit
6 comments:
err...cne nk ckp eh..sedih pon ade, tp nk tergelak pon ade..adehla~~ jauh beza idup org Msia ngn derang.. bertuahnya kita...
itula kan...bertuah la kite...
Slm awk,
Lamanya tak singgah sini..moga awk sihat2 je tau..:) bila baca ni rasa bertuahnya hidup kat bumi malaysia kan wak..:) bila nak balik mesia nih?hehe
http://blog.faisalrahim.com/
Wslm,
saye sihat aje kat sini...saye blk mesia tau nnti...20hb3 ni...blk 2 minggu je pastu smbung blk bljr master kat sini 2 thn..huhu...
Salam..ziarah..jemput muzakarah di blog saya...dan sila add blog saya...
awwaakkk, selamat kembali ke mesia..:) emm, takde update baru ker?hihihi
Post a Comment