September 4, 2008

4 Ramadhan

Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya dalam syurga ada satu pintu namanya ‘al-Rayyan’. Orang yang berpuasa masuk syurga melalui pintu itu. Orang lain tidak akan memasukinya. (riwayat Bukhari).

“Wahai mereka yang belum cukup baginya dosa pada bulan Rejab, sehingga menderhakai Tuhannya pada bulan Syaaban, telah datang kepadamu bulan puasa selepas kedua-duanya.

Janganlah jadikannya juga bulan kemaksiatan, kerana ia adalah bulan al-Quran dan bulan tasbih.

Ya Allah, sampaikan kami kepada bulan Ramadan, supaya kami dapat menunaikan ibadah puasa dan amalan soleh. Tetapkan pendirian kami di dalam ketaatan kepada-Mu sehingga kami menemui-Mu. Engkaulah yang Maha Mendengar lagi Maha Menyahut doa-doa kami”.

...Alhamdulillah , kita telah memasuki hari ke-4 berpuasa. Berpuasa kat sini suasananye sgt2 berbeza dgn kat Malaysia. Sekarang kat sini musim panas dan tetntunya tempoh waktu siang lebih panjang dr malam. Jadi, di Jepun ni, tempoh berpuasa lebih kurang 14 jam..Kemudian, waktu masuk subuhnya sangatlah awal...dlm pkul 350 pagi.So , terpaksalah bangun sahur awal2 pkul 3 pagi...mula2 terase susah nk bgn...huhu...tp itulah cabaran berpuasa apabila di luar negara...lg, kat sini xde bazar2 Ramadhan mcm kat mesia tu...same ade masak sendiri atau mkn kat luar atau open house kat surau2 dan masjid2...tp kebiasaannya masak sendiri lah baru bole jimat and dpt mkn lauk melayu...:p lagi satu, kat sini kelilingnye org jepun ,n diorang mane ade nk puase kan. so mase diorang makan lunch ke,coklat ke,aiskrem ke kat depan kite, terpakselah kite menelan air liur aje...sabor ajela kan...Walau ape2 pun, kat mane saje salah satu rukun Islam ini tetap wajib dilaksanakan dgn penuh sabar dan ikhlas... SELAMAT BERPUASA!

No comments: