July 22, 2008

Keropok lekor oHh keropok lekor~

Bahan-bahan(5-7ketul):

2 ekor ikan aji

100 g tepung 'warabi mochi ko'

25 g tepung 'katakuri ko'

sedikit garam

minyak untuk menggoreng

Cara-cara:

1.Siang ikan bersih2 dan buang kulit ikan dengan menariknya dari kepala.

2.Ambil daging/isi ikan sahaja dan buang tulang2.

3.Kisarkan isi ikan guna blender (tambah air sket) sehingga hancur.

4.Keluarkan isi dan tambah garam dan 2 jenis tepung di atas dan gaul rata sehingga jadi sedikit kental sahaja.Tak perlu terlalu kering kerana akan jadi terlalu keras selepas digoreng nanti.

5.Ambil sket adunan dan gentel sehingga menjadi bentuk keropok lekor yang disukai.

6.Panaskan minyak dengan api sederhana dan gorenglah keropok lekor tadi.Rajin2la balik2kan selalu supaya dapat masak dengan sekata dan goreng sehingga warna perang-keperangan.

Sedap dimakan panas2 dicecah dengan sos cili.Selamat mencuba!

4 comments:

Hidaya Shamsudin said...

oooishii sou...hehehe,aku dah nak balik malaysia,so boleh la makan keropok lekor asli terengganu.inshi gambatte!

sya said...

huhu...bestnyer balik...inshi ganbatteimasu! ;p

Acaii Jawe said...

waaaaaaaaaaa, kagumnya sya buat sendirik,huhu.acai kalau nak cuma pi pasar malam pastu byr seringgit je,hehe..tak tanyepun dia buat camne,huhu..

sya said...

ngehehe...ye la...bile duk sini kempunan tau nk mkn kropok lekor ni...:p