May 31, 2010

Syukur, syukur

Ayah, Mama

Saya bersyukur masih dikurniakan hayat kini,

Sementara ramai yang bergadai nyawa di medan pertempuran,

Saya bersyukur masih dikurniakan anggota badan yang cukup sifat,

Sementara ada org yg dilahirkan cacat di sana sini,

Saya bersyukur masih mempunyai kedua ibu bapa,

Sementara ramai yang kehilangan mereka semenjak kecil lagi,

Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah Ya Allah!



Namun, sebagai hamba-Mu kesemua ini hanyalah bersifat sementara,

Itu yang pasti, itu yang benar!



*luv you both*

May 23, 2010

Sekadar mengingati

Assalamualaikum semua~


Lama jgk blog ni tak diupdatekan.penuh dah sawang sane sini..hehe

Haa..still ingat lagi tak produk2 yang ade dlm gambar kat atas ni? Inilah sebahagian drpd produk buatan Israel yg kita selalu guna dlm life seharian kan...and sejak penduduk Palestin di sana semakin teruk dipulau oleh pihak rejim zionis, banyak suara2 yang menyeru supaya kita boycott barangan kat atas ni...

tapi...

adakah kita masih lg meneruskan boycott itu sehingga kini? memang diakui skrg mcm kurang kelihatan aktiviti mem"boycott" barangan ini..jadik di sini ingin menyeru kembali supaya terus lg memboycott barangan tersebut..jangan jadik hangat2 tahi ayam..ini termasuklah diri saye sendiri...always remember to be careful where you spend your money~

selain drpd itu juga, marilah sama2 berdoa dan sembahyang hajat memohon agar negara palestin kembali aman drpd ancaman musuh durjana itu...