May 23, 2010

Sekadar mengingati

Assalamualaikum semua~


Lama jgk blog ni tak diupdatekan.penuh dah sawang sane sini..hehe

Haa..still ingat lagi tak produk2 yang ade dlm gambar kat atas ni? Inilah sebahagian drpd produk buatan Israel yg kita selalu guna dlm life seharian kan...and sejak penduduk Palestin di sana semakin teruk dipulau oleh pihak rejim zionis, banyak suara2 yang menyeru supaya kita boycott barangan kat atas ni...

tapi...

adakah kita masih lg meneruskan boycott itu sehingga kini? memang diakui skrg mcm kurang kelihatan aktiviti mem"boycott" barangan ini..jadik di sini ingin menyeru kembali supaya terus lg memboycott barangan tersebut..jangan jadik hangat2 tahi ayam..ini termasuklah diri saye sendiri...always remember to be careful where you spend your money~

selain drpd itu juga, marilah sama2 berdoa dan sembahyang hajat memohon agar negara palestin kembali aman drpd ancaman musuh durjana itu...

December 18, 2009

Lawak kan


Suatu hari pada masa Sembahyang jumaat yang di hadiri oleh lebih kurang 1,000 jemaah... tiba-tiba masuk dua orang lelaki yang menutupi seluruh tubuhnyer dgn pakaian hitam.. tak nampak apa cuma dua biji mata and membawa mesin gun... lalu salah seorang lelaki tu bertempik "


"Sesiapa yang sanggup MATI kerana ALLAH sila berdiri di tempat kamu" Selepas mendengar amaran lelaki itu maka segeralah bertempiaran lari para jemaah itu utk menyelamatkan diri....


daripada jumlah yang 1,000 tadi tu hanya tinggal lebih kurang 20 orang sahaja yang masih berdiri di tempat masing-masing termasuk Pak Iman tu... Lelaki yang bertempik tadi segera membuka tutup mukanya lalu melihat ke arah Pak Imam sambil berkata:


"Ok Pak Iman, saya dah halau SEMUA yang hipokrit, sekarang bolehlah Pak Iman mulakan sembahyang Jumaat".... Lalu kedua lelaki tersebut berpaling dan meninggalkan jemaah.... Macammana.. adakah anda rasa lawak dgn cerita di atas.


selain terhibur anda fikirlahlah. ..


" Lawak kan , dari 1,000 org yg mengaku

dia Islam hanya 20 yg betul-betul beriman... "


" Lawakkan berapa banyak manusia yang mudah lupakan ALLAH bila menghadapi bahaya... kedua lelaki hanya membawa mesin-gun.. dia tak kata pun nak bunuh.. tapi generasi skrang.. amat lemah.. baru kena ugut terus lari lintang pukang.. lupa yg dia tak sembahyang jumaat lagi..."


"Lawak, ada juga yang agamanya cuma seminggu sahaja.. tu pun bila time sembahyang jumaat.. tunjuk muka kat org kampung.. ada tu lagi dashyat setahun 2 kali aje.. bile time sembahyang raya..."


"Lawakkan, ramai orang percaya kepada gosip dan apa yang di tulis oleh surat khabar daripada apa yang tercatit dalam al-Quran"


"Lawak kan , berapa ramai yg percaya dunia hanya sementara, akhirat adalah tempat yang kekal, tapi berlumba-lumba mengejar dunia"


"Lawak, kita boleh bersembang dgn boyfriend atau girlfriend berjam-jam tapi nak berdoa kepada ALLAh alahai.. tak cukup masa..


Dan lebih lawak lagi, bila kita boleh post banyak thread atau e-mail yang berunsur lawak jenaka dan lucah ke semua tempat tapi merasa berat nak berkongsi dan nak hantar artikel2 yang berunsur agama


Lawak kan ???/ Kenapa gelak/ tu kan realiti.. tapi yg paling lawak sekali.. berapa orang yang lepas baca benda ni akan sampaikan kat orang lain... berapa orang yang akan buka thread ni untuk luangkan masa membaca? berapa banyak???

sumber:halaqah.net

Salam Maal Hijrah 1431.Semoga kita dapat memperbaiki iman dan amal ke arah lebih sempurna v('.^)v

November 10, 2009

11 sebab orang mendapat doa dari malaikat

Bagi yang beragama Islam,percaya kepada Malaikat adalah suatu kewajipan kerana ianya adalah rukun iman.Seperti mana yang kita tahu,ada malaikat yang ditugaskan untuk berdoa kepada makhluk manusia dan sudah tentu manusia yang mendapat doa dari malaikat adalah makhluk yang terpuji dan disayangi ALLAH.Dibawah adalah 11 sebab orang yang mendapat doa dari malaikat

1) Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat. Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud "Tidaklah salah seorang antara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali kalangan malaikat akan mendoakannya".

2) Orang yang tidur dalam keadaan bersuci. Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud "Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci, malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa".

3)Orang yang menyambung saf ketika solat berjemaah. Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat selalu berselawat kepada orang yang menyambung saf ketika melakukan solat jemaah".

4) Orang yang berada di saf depan solat berjemaah. Sabda rasulullah s.a.w bermaksud "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat ke atas mereka yang berada pada saf depan ketika bersolat jemaah".

5) mengucapkan 'amin' ketika seorang imam selesai membaca al-Fatihah. Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud "Jika seorang imam selesai membaca surah Al-Fatihah, ucapkanlah oleh kamu 'aamiin' kerana sesiapa yang ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, dia akan diampuni dosanya yang lalu".

6) Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat. Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud "Kalangan malaikat akan selalu berselawat kepada satu antara kalian selama ia ada di dalam tempat solat, di mana ia melakukan solat".

7) Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah. Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud "Kalangan malaikat berkumpul pada saat solat Subuh lalu malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga Subuh) naik (ke langit) dan malaikat pada siang hari tetap tinggal".

8) Orang yang mendoakan "saudaranya" tanpa pengetahuan orang yang didoakan. Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud "Doa seorang Muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, malaikat itu berkata 'aamiin dan engkau pun mendapatkan apa yang ia dapatkan".

9) Orang yang membelanjakan harta. Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud "Tidak satu hari pun di mana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya, satu antara kedua-duanya berkata: 'Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang membelanjakan hartanya".

10) Orang yang sedang makan sahur. Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat kepada orang yang sedang makan sahur".

11) Orang yang sedang menziarahi orang sakit. Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud "Tidaklah seorang mukmin menziarahi saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70,000 malaikat untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang hingga petang dan di waktu malam hingga Subuh."

Pasti ada antara kita tersenyum jika ada di antara di atas pernah anda lakukan. Kalau ya, syukur Alhamdulillah :))

June 28, 2009

terima azab ketika koma

*tajuk renungan dipetik dr HALAQAH
e-mel dari para sahabat....Untuk renungan bersama ......

Selama hampir sembilan tahun menetap di Mekah dan membantu ayah saya
menguruskan jemaah haji dan umrah, saya telah melalui pelbagai
pengalaman menarik dan pelik. Bagaimanapun, dalam banyak-banyak
peristiwa itu, ada satu kejadian yang pasti tidak akan saya lupakan
sampai bila-bila.

Ianya berlaku kepada seorang wanita yang berusia di pertengahan
30-an.Kejadian itu berlaku pada pertengahan 1980-an semasa saya
menguruskan satu rombongan haji. Ketika itu umur saya 20 tahun dan
masih menuntut di Universiti Al-Azhar, Kaherah. Kebetulan ketika itu
saya balik ke Mekah sekejap untuk menghabiskan cuti semester.

Saya menetap di Mekah mulai 1981 selepas menamatkan pengajian di
Sekolah Agama Gunung Semanggol, Perak. Keluarga saya memang semuanya di
Mekah, cuma saya seorang saja tinggal dengan nenek saya di Perak. Walaupun
masih muda, saya ditugaskan oleh bapa saya, Haji Nasron untuk menguruskan
jemaah haji dan umrah memandangkan saya adalah anak sulung dalam keluarga.

Berbalik kepada cerita tadi, ketibaan wanita tersebut dan rombongan
haji di Lapangan Terbang Jeddah kami sambut dengan sebuah bas.
Semuanya nampak riang sebab itulah kali pertama mereka mengerjakan
haji.

Sebaik sampai, saya membawa mereka menaiki bas dan dari situ, kami
menuju ke Madinah.Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar hinggalah kami
sampai di Madinah. Tiba di Madinah, semua orang turun dari bas berkenaan.
Turunlah mereka seorang demi seorang sehingga tiba kepada giliran
wanita terbabit.

Tapi tanpa apa-apa sebab, sebaik sahaja kakinya mencecahkan bumi
Madinah, tiba-tiba wanita itu tumbang tidak sedarkan diri.Sebagai orang
yang dipertanggungjawabkan mengurus jemaah itu, saya pun bergegas menuju ke
arah wanita berkenaan. "Kakak ni sakit," kata saya pada jemaah-jemaah yang
lain. Suasana yang tadinya tenang serta merta bertukar menjadi cemas. Semua
jemaah nampak panik dengan apa yang sedang berlaku.

"Badan dia panas dan menggigil. Kakak ni tak sedarkan diri, cepat
tolong saya...kita bawa dia ke hospital," kata saya.Tanpa membuang masa,
kami mengangkat wanita tersebut dan membawanya ke hospital Madinah yang
terletak tidak jauh dari situ. sementara itu, jemaah yang lain dihantar ke
tempat penginapan masing-masing.

Sampai di hospital Madinah, wanita itu masih belum sedarkan diri.
Berbagai-bagai usaha dilakukan oleh doktor untuk memulihkannya, namun
semuanya gagal. Sehinggalah ke petang, wanita itu masih lagi
koma.
Sementara itu, tugas mengendalikan jemaah perlu saya teruskan. Saya
terpaksa meninggalkan wanita tersebut terlantar dihospital berkenaan.Namun
dalam kesibukan menguruskan jemaah, saya menghubungi hospital Madinah untuk
mengetahui perkembangan wanita tersebut.

Bagaimanapun, saya diberitahu dia masih tidak sedarkan diri. Selepas
dua hari, wanita itu masih juga tidak sedarkan diri. Saya makin cemas,
maklumlah, itu adalah pengalaman pertama saya berhadapan dengan situasi
seperti itu. Memandangkan usaha untuk memulihkannya semuanya gagal, maka
wanita itu dihantar ke Hospital Abdul Aziz Jeddah untuk mendapatkan rawatan
lanjut sebab pada masa itu hospital di Jeddah lebih lengkap kemudahannya
berbanding hospital madinah. Namun usaha untuk
memulihkannya masih tidak berhasil.

Jadual haji mesti diteruskan. Kami bertolak pula ke Mekah untuk
mengerjakan ibadat haji. Selesai haji, sekali lagi saya pergi ke
Jeddah. Malangnya, bila sampai di Hospital King Abdul Aziz, saya diberitahu
oleh doktor bahawa wanita tersebut masih koma. Bagaimanapun, kata
doktor, keadaannya stabil. Melihat keadaannya itu, saya ambil keputusan
untuk menunggunya di hospital.

Selepas dua hari menunggu, akhirnya wanita itu membuka matanya. Dari
sudut matanya yang terbuka sedikit itu, dia memandang ke arah saya.
Tapi sebaik saja terpandang wajah saya, wanita tersebut terus memeluk
saya dengan erat sambil menangis teresak- esak. Sudah tentu saya
terkejut sebab saya ni bukan muhrimnya. Tambahan pula kenapa saja dia
tiba-tiba menangis??

Saya bertanya kepada wanita tersebut, "Kenapa kakak menangis?" "Mazlan..
kakak taubat dah Lan. Kakak menyesal, kakak takkan buat lagi benda-benda
yang tak baik. Kakak bertaubat, betul-betul
taubat."

"Kenapa pulak ni kak tiba-tiba saja nak bertaubat?" tanya saya masih
terpinga-pinga. Wanita itu terus menangis teresak-esak tanpa menjawab
pertanyaan saya itu. Seketika kemudian dia bersuara, menceritakan kepada
saya mengapa dia berkelakuan demikian, cerita yang bagi saya perlu diambil
iktibar oleh kita semua. Katanya, "Mazlan, kakak ni sudah berumah tangga,
kahwin dengan lelaki orang putih. Tapi kakak silap. Kakak ini cuma Islam
pada nama dan keturunan saja. Ibadat satu apa pun kakak tak buat. Kakak tak
sembahyang, tak puasa, semua amalan ibadat kakak dan suami kakak tak buat.

Rumah kakak penuh dengan botol arak. Suami kakak tu kakak sepak
terajang, kakak pukul-pukul saja," katanya tersedu-sedan.

"Habis yang kakak pergi haji ini?"

"Yalah...kakak tengok orang lain pergi haji, kakak pun teringin juga
nak pergi."

"Jadi apa sebab yang kakak menangis sampai macam ni sekali. Ada
sesuatu ke yang kakak alami semasa akit?" tanya saya lagi.

Dengan suara tersekat-sekat, wanita itu menceritakan,
"Mazlan...Allah itu maha besar, maha agung, maha kaya. Semasa koma
tu, kakak telah diazab dengan seksaan yang benar-benar pedih atas segala
kesilapan yang telah kakak buat selama ini.

"Betul ke kak?" tanya saya, terkejut.

"Betul mazlan. Semasa koma itu kakak telah ditunjukkan oleh Allah
tentang balasan yang Allah beri kepada kakak. Balasan azab Lan, bukan
balasan syurga. Kakak rasa seperti diazab di neraka. Kakak ni seumur
hidup tak pernah pakai tudung. Sebagai balasan, rambut kakak di tarik
dengan bara api.

Sakitnya tak boleh nak kakak ceritakan macam mana pedihnya.
Menjerit-jerit kakak minta ampun minta maaf kepada Allah."

"Bukan itu saja, buah dada kakak pula diikat dan disepit dengan
penyepit yang dibuat drp bara api, kemudian ditarik ke sana-sini...putus,
jatuh ke dalam api neraka. buah dada kakak rentung terbakar, panasnya bukan
main.

Kakak menjerit, menangis kesakitan. Kakak masukkan tangan ke dalam
api itu dan kakak ambil buah dada tu balik." tanpa mempedulikan
pesakit lain dan jururawat memerhatikannya wanita itu terus
bercerita.

Menurutnya lagi, setiap hari dia diseksa, tanpa henti, 24 jam sehari. Dia
tidak diberi peluang langsung untuk berehat atau dilepaskan daripada
hukuman sepanjang masa koma itu dilaluinya dengan azab yang
amat pedih.

Dengan suara tersekat-sekat, dengan air mata yang makin banyak
bercucuran, wanita itu meneruskan ceritanya, "Hari-hari kakak
diseksa. Bila rambut kakak ditarik dengan bara api, sakitnya terasa seperti

nak tercabut kulit kepala. Panasnya pula menyebabkan otak kakak terasa
seperti menggelegak. Azab itu cukup pedih...pedih yang amat sangat...tak
boleh nak diceritakan." sambil bercerita, wanita itu terus meraung,
menangis teresak-esak. Nyata dia betul-betul menyesal dengan kesilapannya
dahulu.

Saya pula terpegun, kaget dan menggigil mendengar ceritanya. Begitu
sekali balasan Allah kepada umatnya yang ingkar. "Mazlan...kakak ni
nama saja Islam, tapi kakak minum arak, kakak main judi dan segala
macam dosa besar.

Kerana kakak suka makan dan minum apa yang diharamkan Allah, semasa
tidak sedarkan diri itu kakak telah diberi makan buah-buahan yang berduri
tajam. Tak ada isi pada buah itu melainkan duri-duri saja. tapi kakak perlu
makan buah-buah itu sebab kakak betul-betul lapar. "Bila ditelan saja
buah-buah itu, duri-durinya menikam kerongkong kakak dan bila sampai ke
perut, ia menikam pula perut kakak.

Sedangkan jari yang tercucuk jarum pun terasa sakitnya, inikan pula
duri-duri besar menyucuk kerongkong dan perut kita. Habis saja
buah-buah itu kakak makan, kakak diberi pula makan bara-bara api.
Bila kakak masukkan saja bara api itu ke dalam mulut, seluruh badan
kakak rasa seperti terbakar hangus.

Panasnya cuma Allah saja yang tahu. Api yang ada di dunia ini tidak
akan sama dengan kepanasannya. Selepas habis bara api, kakak minta
minuman, tapi...kakak dihidangkan pula dengan minuman yang dibuat
dari nanah.Baunya cukup busuk. Tapi kakak terpaksa minum sebab kakak sangat
dahaga. Semua terpaksa kakak lalui...azabnya tak pernah rasa, tak pernah
kakak alami sepanjang kakak hidup di dunia ini."

Saya terus mendengar cerita wanita itu dengan tekun. Terasa sungguh
kebesaran Allah. "Masa diazab itu, kakak merayu mohon kepada Allah
supaya berilah kakak nyawa sekali lagi, berilah kakak peluang untuk
hidup sekali lagi. Tak berhenti-henti kakak memohon. Kakak kata kakak
akan buktikan bahawa kakak tak akan ulangi lagi kesilapan dahulu.
Kakak berjanji tak akan ingkar perintah allah akan jadi umat
yg soleh.
Kakak berjanji kalau kakak dihidupkan semula, kakak akan tampung
segala kekurangan dan kesilapan kakak dahulu, kakak akan mengaji,
akan sembahyang, akan puasa yang selama ini kakak tinggalkan."

Saya termenung mendengar cerita wanita itu. benarlah, Allah itu maha
agung dan maha berkuasa. kita manusia ini tak akan terlepas daripada
balasannya. Kalau baik amalan kita maka baiklah balasan yang akan
kita terima, kalau buruk amalan kita, maka azablah kita di akhirat
kelak.

Alhamdulillah, wanita itu telah menyaksikan sendiri kebenaran Allah.

"Ini bukan mimpi Mazlan. Kalau mimpi azabnya takkan sampai pedih
macam tu sekali. Kakak bertaubat Mazlan, kakak tak akan ulangi lagi
kesilapan kakak dahulu. Kakak bertaubat...kakak taubat nasuha,"
katanya sambil menangis-nangis.

Sejak itu wanita berkenaan benar-benar berubah. Bila saya membawanya
ke Mekah, dia menjadi jemaah yang paling warak. Amal ibadahnya tak
henti-henti. contohnya, kalau wanita itu pergi ke masjid pada waktu
maghrib, dia cuma akan balik ke bilik- nya semula selepas sembahyang
subuh.
"Kakak...yang kakak sembahyang teruk-teruk ni kenapa. Kakak kena jaga
juga kesihatan diri kakak. lepas sembahyang Isyak tu kakak baliklah,
makan nasi ke, berehat ke..." tegur saya.

"Tak apalah Mazlan. Kakak ada bawa buah kurma. Bolehlah kakak makan
semasa kakak lapar." menurut wanita itu, sepanjang berada di dalam
Masjidil Haram, dia mengqadakan semula sembahyang yang ditinggalkannya
dahulu.

Selain itu dia berdoa, mohon kepada Allah supaya mengampunkan
dosanya. Saya kasihan melihatkan keadaan wanita itu, takut kerana ibadah
dan tekanan perasaan yang keterlaluan dia akan jatuh sakit pula. Jadi
saya menasihatkan supaya tidak beribadat keterlaluan hingga
mengabaikan kesihatannya.

"Tak boleh Mazlan. Kakak takut...kakak dah merasai pedihnya azab
tuhan. Mazlan tak rasa, Mazlan tak tau. Kalau Mazlan dah merasai azab itu,
Mazlan juga akan jadi macam kakak. Kakak betul- betul bertaubat."

Wanita itu juga berpesan kepada saya, katanya, "Mazlan, kalau ada
perempuan Islam yang tak pakai tudung, Mazlan ingatkanlah pada
mereka, pakailah tudung. Cukuplah kakak seorang saja yang merasai
seksaan itu, kakak tak mau wanita lain pula jadi macam kakak. Semasa
diazab, kakak tengok undang-undang yang Allah beri ialah setiap
sehelai rambut wanita Islam yang sengaja diperlihatkan kepada orang
lelaki yang bukan muhrimnya, maka dia diberikan satu dosa. Kalau 10
orang lelaki bukan muhrim tengok sehelai rambut kakakini, bermakna
kakak mendapat 10 dosa."

"Tapi Mazlan, rambut kakak ini banyak jumlahnya, beribu-ribu. Kalau
seorang tengok rambut kakak, ini bermakna beribu-ribu dosa yang kakak
dapat. Kalau 10 orang tengok, macam mana? Kalau 100 orang tengok? Itu
sehari, kalau hari-hari kita tak pakai tudung macam kakak ni??? Allah..."

"Kakak berazam, balik saja dari haji ini, kakak akan minta tolong
dari ustaz supaya ajar suami akak sembahyang, puasa, mengaji, buat
ibadat. Kakak nak ajak suami pergi haji. Seperti mana kakak, suami kakak tu
Islam pada nama saja. Tapi itu semua kesilapan kakak. Kakak sudah
bawa dia masuk Islam, tapi kakak tak bimbing dia. Bukan itu saja,
kakak pula yang jadi seperti orang bukan Islam."

Sejak balik dari haji itu, saya tak dengar lagi apa-apa cerita tentang
wanita tersebut. Bagaimanapun, saya percaya dia sudah menjadi wanita yang
benar-benar solehah. Adakah dia berbohong kepada saya tentang ceritanya
diazab semasa koma? Tidak. Saya percaya dia bercakap benar.
Jika dia berbohong, kenapa dia berubah dan bertaubat nasuha?

Satu lagi, cubalah bandingkan azab yang diterimanya itu dengan azab
yang digambarkan oleh Allah dan Nabi dalam Al-Quran dan hadis. Adakah
ia bercanggah? Benar, apa yang berlaku itu memang kita tidak dapat
membuktikannya secara saintifik, tapi bukankah soal dosa dan pahala,
syurga dan neraka itu perkara ghaib? Janganlah bila kita sudah
meninggal dunia, bila kita sudah diazab barulah kita mahu
percaya bahawa "Oh... memang betul apa yang Allah dan Rasul katakan. Aku
menyesal..." itu dah terlambat.

REBUTLAH 5 PELUANG INI SEBELUM TIBA 5 RINTANGAN

WAKTU KAYA SEBELUM MISKIN, WAKTU SENANG SEBELUM SIBUK, WAKTU SIHAT SEBELUM
SAKIT, WAKTU MUDA SEBELUM TUA DAN WAKTU HIDUP SEBELUM MATI

" SAMPAIKANLAH PESANKU BIARPUN SATU AYAT...."


IHSAN DARI : USTAZAH PUTERI, PORTAL j-QAF.net